Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.
Jawatan-Jawatan Kosong adalah seperti berikut:
- Timbalan Pengarah, Gred 5 (Gred setara E52)
- Pengurus Kanan, Gred 6 (Gred setara E48)
- Pengurus (Undang-Undang), Gred 7 (Gred setara L44)
- Penolong Pengurus, Gred 8 (Gred setara E41)
- Pegawai Eksekutif, Gred 11 (Gred setara F29)
- Pegawai Eksekutif, Gred 11 (Gred setara W27)
Jawatan Kosong: Timbalan Pengarah
Gred: 5
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Kanan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM7,485.45 – RM9,856.59
Kekosongan: Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar
Syarat-syarat Lantikan:
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Sastera (pengkhususan dalam Ekonomi) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
- Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.
Tugas Utama:
- Menjalankan analisa ekonomi dan penilaian ke atas prestasi PKS serta membuat unjuran dan sasaran prestasi PKS di peringkat makro di Malaysia;
- Menyelia dan memantau pengumpulan maklumat terkini mengenai topik utama dan isu-isu ekonomi di Malaysia dan juga global;
- Mengetuai dan menyelia pengumpulan dan analisa data dalam menyediakan Laporan Tahunan PKS bagi Majlis Pembangunan Kebangsaan PKS;
- Mengetuai dan menyelia kerja-kerja soal selidik, merancang penyediaan format borang soal selidik serta menjalankan kajian terhadap hasil soal selidik;
- Membantu Pengarah menyediakan input/kertas cadangan dan laporan berhubung dengan kajian ekonomi pembangunan PKS untuk pembentangan di peringkat Perbadanan,
- Kementerian, MITI, Pasca Kabinet, Kabinet dan sebagainya;
- Menyelia penyediaan input-input ucapan, rumusan, cadangan, ulasan serta menyelaras isu-isu berkaitan pembangunan PKS;
- Menyelia pengumpulan kerja-kerja penyelidikan berkaitan perancangan dan pembangunan program yang dijalankan oleh Kementerian / Agensi Kerajaan yng lain;
- Menyelia perancangan dan penyediaan Terma Rujukan bagi kajian-kajian berkaitan pembangunan PKS yang memerlukan khidmat juruperunding serta menyelaras kerja-kerja penyelidikan dan kajian yang dijalankan melalui khidmat juruperunding supaya mematuhi Terma Rujukan yang ditetapkan; dan
- Menyelia perancangan dan penyediaan penanda aras prestasi PKS di negara-negara lain.
Jawatan Kosong: Pengurus Kanan
Gred: 6
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM6,785.77 – RM9,117.68
Kekosongan: Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar
Syarat-syarat Lantikan:
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Sastera (pengkhususan dalam Ekonomi) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
- Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.
Tugas Utama :
- Merangka dasar dan program PKS selaras dengan pelan pembangunan ekonomi kebangsaan;
- Menyediakan kertas, rumusan, cadangan, ulasan serta menyelaras isu-isu berkaitan dasar pembangunan PKS; dan
- Memantau pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan PKS.
Jawatan Kosong: Pengurus Kanan
Gred: 6
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM6,785.77 – RM9,117.68
Kekosongan: Bahagian Pembangunan Perniagaan
Syarat-syarat Lantikan:
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan / Ekonomi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
- Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.
Tugas Utama :
- Membantu melaksanakan program pembangunan untuk PKS, usahawan – usahawan dan usahawan tekno; dan
- Menyediakan khidmat rundingan dan kaunseling kepada PKS dan usahawan dalam perancangan perniagaan, penilaian projek dan strategi pemasaran.
Jawatan Kosong: Pengurus (Undang-Undang)
Gred: 7
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM4,592.02 – RM7,465.89
Kekosongan: Bahagian Pengurusan Korporat
Syarat-syarat Lantikan :
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang - undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Lulus peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
- Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
- Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.
Tugas Utama:
- Bertanggungjawab sebagai Pegawai Undang-Undang dalam aspek perundangan;
- Menggubal peraturan, garis panduan serta memberi nasihat dan pandangan mengenai hal perundangan bagi SME Corp. Malaysia; dan
- Menyemak dan menyediakan draf-draf MoU dan perjanjian SME Corp. Malaysia.
Jawatan Kosong: Penolong Pengurus
Gred: 8
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM2,726.05 – RM6,946.56
Kekosongan: Bahagian Teknologi Maklumat
Syarat-syarat Lantikan:
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman berkaitan dengan pembangunan sistem menggunakan Microsoft Sharepoint.
Tugas Utama :
- Merancang, membangunkan dan menyelenggara Sistem Aplikasi SME Corp. Malaysia;
- Membangunkan dan menyelenggara Sistem Pangkalan Data;
- Mentadbir dan menyelenggara Sistem e-mel dan sistem yang berkaitan Electronic Messaging System(EMS); dan
- Menjalankan latihan penggunaan sistem ICT kepada kakitangan di SME Corp. Malaysia.
Jawatan Kosong: Penolong Pengurus
Gred: 8
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM2,726.05 – RM6,946.56
Kekosongan: Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar
Syarat-syarat Lantikan :
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Matematik dengan pengkhususan dalam bidang ekonometriks atau statistik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
- Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.
Tugas Utama:
- Mengumpul dan mengurus data bagi tujuan penilaian ekonomi;
- Memantau dan mengemaskini pangkalan data yang berkaitan dengan statistik PKS; dan
- Membangunkan kaji soal selidik berkaitan PKS.
Jawatan Kosong: Penolong Pengurus
Gred: 8
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Pertengahan
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM2,726.05 – RM6,946.56
Kekosongan: Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar
Syarat-syarat Lantikan :
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Sastera (pengkhususan dalam Ekonomi) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
- Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.
Tugas Utama:
- Memantau dan menganalisa ekonomi makro dan menjalankan penilaian ke atas prestasi PKS;
- Menganalisa data bagi tujuan penilaian ekonomi; dan
- Mengenal pasti isu, tren dan risiko ekonomi yang memberi kesan kepada PKS.
Jawatan Kosong: Pegawai Eksekutif
Gred: 11
Kumpulan Perkhidmatan: Eksekutif
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM1,881.40 – RM4,508.07
Kekosongan: Bahagian Koordinasi Program
Syarat-syarat Lantikan :
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Diploma Pentadbiran Awam / Diploma Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tugas Utama :
- Membantu mengumpul dan menyelia data PKS bagi program-program pembangunan kapasiti dan keupayaan PKS.
Jawatan Kosong: Pegawai Eksekutif
Gred: 11
Kumpulan Perkhidmatan: Eksekutif
Gaji ditawarkan: Lingkungan RM1,881.40 – RM4,508.07
Kekosongan: Bahagian Pengurusan Korporat
Syarat-syarat Lantikan:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Diploma Pentadbiran Awam / Diploma Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tugas Utama :
- Membantu dalam urusan berkaitan gaji dan emolumen kakitangan SME Corp. Malaysia.
Syarat-Syarat Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan SME Corp. Malaysia yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Pegawai-pegawai yang dilantik akan menjalani tempoh percubaan sebelum diserap ke jawatan tetap.
Umur
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
- Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada:-
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Level 6, SME 1, Blok B, Lot E
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)
- Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my tanpa perlu disertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan sijil-sijil lain yang berkaitan). Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen ini perlu dibawa bersama semasa sesi temuduga.
- Tarikh tutup permohonan : 22 Mac 2012
Catatan AM
- Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berjaya.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bertulis akan dikeluarkan oleh pihak SME Corp. Malaysia.
