Tuesday, 28 February 2012

Jawatan Kosong 2012 Institut Perkembangan Pendidikan (InED), UiTM


Advertisement
Institut Perkembangan Pendidikan (InED) ditubuhkan pada September 2001. InED menguruskan empat (4) program pembelajaran secara serentak iaitu Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), Pendidikan Usahasama, Pendidikan Berterusan dan Pengajian Luar Kampus (PLK). Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan seperti berikut:

Pembantu Pengawas Peperiksaan – Sambilan

Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera)
  • Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
  • Sihat tubuh badan
  • Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.
  • Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
  • Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
  • Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
  • Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 12/3/2012 hingga 1/4/2012 :termasuk Sabtu & Ahad)
Kadar Elaun – RM4.00 sejam (8.00 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)

Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di www.ined.uitm.edu.my atau di:

PUSAT PENGAJIAN PRA/DIPLOMA
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DW9, INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTER
40000 UiTM SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(PN NORITA SAPIEN : 5522 5393/ PN NOOR AZLIDA : 55225397)

Tarikh tutup permohonan: 2 Mac 2012

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 2 Mac 2012

Advertisement
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment