Thursday, 23 February 2012

Jawatan Kosong 2012 KPKT - Pemandu Kenderaan - www.kpkt.gov.my


Advertisement
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (www.kpkt.gov.my).

Jawatan: Pemandu Kenderaan
Klasifikasi: Mahir, Separuh Mahir Dan Tidak Mahir
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
Taraf Jawatan: Kontrak
Gred: R3
Ringkasan Tugas: Memandu Dan Menyenggara Kenderaan Kementerian (Kereta, Van Dan Bas)
Tempat Bertugas: Ibu Pejabat Kpkt, Putrajaya Termasuk Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Jadual Gaji: P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86, P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41, P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59
Syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 50 tahun;
  • (i) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Penilaian menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • (ii) memiliki lesen memandu termasuk Kelas E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
  • (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara; dan
  • (iv) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman memandu kenderaan jenis bas 40 penumpang.
CARA MEMOHON:

Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan menyertakan bersama dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan) :-
  • Resume;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan lesen memandu kenderaan;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Sijil PMR atau kelulusan setaraf;
  • Sekeping gambar berukuran pasport yang terbaru (tidak dikembalikan) serta; dan
  • Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.
Salinan asal perlu dikemukakan semasa temuduga.

Permohonan berikut AKAN DITOLAK tanpa diberi sebarang jawapan:
  • tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;dan
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bahagian Sumber Manusia
Aras 12,
No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Perkhidmatan)

Pada atau sebelum: 6 Mac 2012

Advertisement
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment