Saturday, 25 February 2012

Jawatan Kosong 2012 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) - Artis Budaya


Advertisement
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor - Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan: Artis Budaya
Gred: B4-1 (B17)
Kekosongan: 7

Klasifikasi Perkhidmatan:
  • Perkhidmatan Bakat Dan Seni
Jadual Gaji / Elaun:
Gaji: P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2,177.15
ITKA: RM115.00
ITP: RM180.00
Elaun Sara Hidup: Antara RM100.00 – RM300.00 (Bergantung kepada tempat bertugas)
Cuti Rehat: 20 hari setahun
TARAF JAWATAN: Kontrak

Syarat lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 - 25 tahun dan belum berkahwin pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.
Ujian Khas

Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Syarat-syarat lantikan (tambahan):
  • Permohonan selain dari Kaum Bumiputera dialu-alukan.
  • Sekeping gambar penuh berukuran 3R perlu disertakan.
Syarat Fizikal

Rupa paras yang menarik


Lelaki
Berat
Tidak melebihi 60kg

Tinggi
Minimum 165cm
Perempuan
Berat
Tidak melebihi 50kg

Tinggi
Minimum 157cm

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor dengan bayaran RM 2.00 sekeping.
  • Setiap permohonan hendaklah menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik berkaitan yang telah disahkan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan
Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
( U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia )
  • Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Para 17.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Permohonan yang berikut akan DITOLAK :-
Tidak menggunakan borang PADAT (1).
Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.
Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak terang.
Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.
Borang permohonan yang tidak ditandatangani dan tiada pengesahan.
Permohonan yang lewat.
Tarikh Tutup Permohonan: 29 Februari 2012

Advertisement
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment