Wednesday, 22 February 2012

Jawatan Kosong 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Pembantu Pengawas Peperiksaan


Advertisement
Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan - Iklan Tawaran Khidmat Pembantu Pengawas Peperiksaan Akhir Diploma Mac 2012
  • Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:
(a). Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b). Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c). Sihat tubuh badan.
(d). Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e). Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f). Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g). Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h). Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
  • Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari (12 Mac 2012 hingga 1 April 2012.)
  • Kadar Elaun – RM 4.00 sejam.
  • Yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Unit Peperiksaan Hal Ehwal Akademik UiTM Perak. Sebarang pertanyaan hubungi Encik Ramlan Mahmood – No. Telefon 05-3742023/2026.
  • Tarikh tutup permohonan:
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik UiTM Perak sebelum atau pada 27 Februari 2012.
Rujukan Fail: 600-BHEPep (PT.2/2/19/1) Jld. 6 (23)
Tarikh: 17 Februari 2012

Advertisement
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment